Sesi Lawatan Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR), UniSZA

Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah menerima lawatan dari iDEC Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 5 September 2023 yang bertempat di Dewan Senat, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).  Deligasi ini diketuai oleh Encik Mohd Zul Mohd Yusoff, Ketua Bahagian Sokongan Perkhidmatan ICT, Encik Mohd Shafree Ahmad, Ketua Bahagian Komunikasi Multimedia, Encik Ahri Sogok, Ketua Bahagian Operasi Aplikasi bersama 20 peserta lain.

Rombongan lawatan ini disambut oleh Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad, Pengarah PPIR, Encik Asnidzal bin Mohamad Jamel, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan & Infrastruktur), Puan Nor Azura binti Shamsuddin, Timbalan Pengarah (Sistem Aplikasi), semua Ketua Bahagian dan Pegawai Teknologi Maklumat PPIR.

Tujuan lawatan ini adalah sebagai lawatan kerja dan penanda aras serta perkongsian pengalaman, pengetahuan dan pertukaran idea di antara UniSZA dan iDEC UPM.  Melalui lawatan ini, kedua-dua pihak membincangkan tentang prosedur operasi teknikal, teknologi yang digunakan di UniSZA dari segi server dan pembangunan sistem, pengurusan Helpdesk dan lain-lain.

UniSZA dan pihak PPIR khususnya mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak iDEC UPM atas lawatan ini.  Semoga sesi lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan tadbir urus ICT dan menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara UniSZA dan UPM.

 

WhatsApp Image 2023 11 21 at 40358 PM 1       WhatsApp Image 2023 11 21 at 40358 PM 2      

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

040269
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)