Bengkel Teknikal Sistem Akademik (AIMS) PSU 2023-2030

Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah menganjurkan Bengkel Teknikal Sistem Akademik (AIMS) PSU 2023-2030 pada 12 hingga 14 Oktober 2023 bertempat di Swiss-Belhotel, Kuantan Pahang.

Bengkel ini disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada Pengarah PPIR Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan dan Infrastruktur) Encik Asnidzal bin Mohd Jamel, Timbalan Pengarah (Sistem Aplikasi) Puan Nor Azura binti Shamsuddin, Ketua Bahagian Aplikasi Akademik dan semua pegawai yang terlibat.

Melalui bengkel ini pelbagai perbincangan telah dibuat secara terperinci mengenai sistem akademik seperti OBE system dan Sistem Pentaksiran Bersepadu (SBP).  Hasil daripada bengkel ini diharap dapat membantu PPIR mencapai sasaran bagi pembangunan sistem akademik yang baharu (AIMS) seiring dengan strategi Teras Pelan Strategik UniSZA: Pendigitalan Universiti.

Kesimpulannya, perlaksanaan bengkel ini amat penting untuk mencapai sasaran transformasi digital universiti menjelang tahun 2030 sekaligus dapat mempraktikkan sistem-sistem tersebut dalam aspek pengurusan pengoperasian yang lebih baik dan teratur.

WhatsApp Image 2023 11 08 at 40854 PM 3       BENGKEL AIMS     WhatsApp Image 2023 11 08 at 40908 PM 1

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

033386
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)