Program Corporate Social Responsibilty (CSR) ‘Beach Cleaning’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian telah menganjurkan Program Corporate Social Responsibilty (CSR) ‘Beach Cleaning’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 pada 19 Oktober 2023 di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Program ini terbuka untuk semua kakitangan PPIR dan diketuai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan PPIR, Ts. Mohd Hazrul bin Hashim.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kakitangan PPIR tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta sekaligus dapat memupuk kesedaran berkaitan kepentingan dalam menjaga kebersihan pantai.

Semua kakitangan amat berpuas hati dengan program ini kerana dapat membantu membersihkan kawasan pantai tersebut dan dapat mewujudkan persekitaran yang bersih sesuai mengikut kehendak Islam.

      CSR 3       CSR 1

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

034084
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)