Sesi Technology Update – Kaspersky Secure Remote Workspace (Thin Client)

Pada 24 Oktober 2023, Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah mengadakan satu sesi Technology Update – Kaspersky Secure Remote Workspace (Thin Client) bersama Syarikat Aswant Solution Sdn. Bhd. bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Biruni, UniSZA Kampus Gong Badak.

Sesi ini telah dihadiri oleh lima orang wakil syarikat iaitu Managing Director En. Nor Asrul, Technical Director En. Wan Norhamsa, Business Development Director En. Fazlirizam, Sr. Technical Manager En. Mohd Hasnul Hadi, Business Development Manager (Kapersky Global, Rusia) Mr. Fyodor Maximov dan Ketua Bahagian Teknikal, Encik Bokhairi bin Muhammad mewakili PPIR.

Melalui sesi ini, wakil syarikat telah memperkenalkan produk baharu dari Kapersky iaitu Centem Thin Client yang merupakan Operating System (OS) pertama yang mempunyai ciri-ciri microkernel OS.  Produk dari Rusia ini baharu saja dilancarkan pada 16 Oktober 2023 dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah Universiti Awam (UA) pertama yang mengadakan sesi Technology Update berkaitan produk ini.

Secara kesimpulannya, pihak UniSZA amat berpuas hati dengan penerangan dari wakil syarikat berkenaan produk baharu tersebut.          

WhatsApp Image 2023 11 15 at 94754 AM       WhatsApp Image 2023 11 15 at 94755 AM       WhatsApp Image 2023 10 24 at 124649 PM

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

034070
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)