Perjumpaan Kakitangan PPIR Disember 2023

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR), Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan Perjumpaan Kakitangan PPIR pada 20 Disember 2023, 2.00 petang di Pejabat Hijrah sebagai penutup bagi tahun 2023.

Melalui majlis perjumpaan ini, pihak Tabung kebajikan PPIR telah mengagihkan pelbagai sumbangan seperti Agihan Sumbangan Banjir, Agihan Sumbangan Kemalangan, Agihan Sumbangan Kematian dan Agihan Hadiah Persaraan/Perpisahan kepada staf PPIR yang terlibat.

Selain itu, Pengarah PPIR iaitu Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad juga berpesan kepada semua kakitangan PPIR agar sentiasa menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan bersama supaya mewujudkan suasana harmoni dan merapatkan lagi hubungan antara semua.

Secara keseluruhannya, majlis ini telah diadakan dengan jayanya. Pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua staf yang sudi datang ke perjumpaan ini. Semoga dengan ukhuwah yang terjalin dapat merapatkan lagi keakraban sesama kita.

 

WhatsApp Image 2023 11 15 at 94754 AM       WhatsApp Image 2023 11 15 at 94755 AM       WhatsApp Image 2023 10 24 at 124649 PM

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

Pengunjung

051428
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)