Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Data Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak Oleh Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (keselamatan Rangkaian Komputer), Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK)

Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah menerima lawatan dari 43 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda, Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer), Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) bersama pensyarah pengiring Dr. Azrul Azmi bin Jamal pada 11 Disember 2023 di Pusat Data, Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian, Kampus Gong Badak.

Sejurus sahaja pelajar tiba di Pusat Data, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mendengar penerangan daripada Bahagian Rangkaian & Keselamatan ICT serta Bahagian Pusat Data & Komunikasi ICT secara bergilir-gilir. Satu kumpulan berada di bilik console untuk mendengar penerangan berkaitan Pusat Data dan komunikasi, seterusnya akan melawat bilik server. Satu kumpulan lagi berada di bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi untuk mendengar penerangan berkaitan rangkaian dan keselamatan ICT, seterusnya melawat bilik rangkaian utama sebaik sahaja selesai penerangan.

Para pelajar juga didedahkan kepada perkhidmatan rangkaian dan keselamatan ICT yang disediakan di UniSZA. Antaranya adalah rangkaian wireless dan wired, internet di setiap kampus dan cawangan UniSZA yang lain. Selain itu, pelajar juga diberikan penjelasan berkaitan sistem monitoring yang digunakan untuk memantau rangkaian serta komponen keselamatan ICT yang digunakan di UniSZA. Disamping mendengar penerangan daripada staf PPIR, pelajar juga diberi ruang untuk mengemukakan soalan berkaitan dengan penerangan yang disampaikan.

Semoga perkongisan tersebut menjadi ilmu yang berguna kepada para pelajar yang datang ke PPIR.

 

IMG 20240308 WA0070       WhatsApp Image 2023 11 21 at 40619 PM       WhatsApp Image 2023 11 21 at 40618 PM 1

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

043977
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)