Lawatan Pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) ke Bahagian Infrastruktur PTM
Pusat Teknologi Maklumat - Bahagian Infrastruktur telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Fakulti Informatik & Komputeran - Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) Semester 6 yang diiringi oleh Dr. Aznida Hayati binti Zakaria @ Mohamad dan Dr Wan Suryani binti Wan Awang.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang reka bentuk rangkaian komputer, pengoperasian dan pengurusan rangkaian komunikasi data di UniSZA.
Semoga perkongsian pengetahuan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua.
![]() |
![]() |