Bengkel Kepimpinan Integratif Pegawai Teknologi Maklumat

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Integratif Pegawai Teknologi Maklumat pada 25 dan 26 Oktober 2022 bertempat di Dewan Seminar 2 CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak. Bengkel ini dihadiri seramai 15 orang peserta dari Penolong Pegawai dan Pegawai Teknologi Maklumat gred F38/ F41 dan F44.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan integratif yang tinggi dikalangan staff PPIR dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dan ia juga dapat melahirkan seorang penjawat awam yang berdedikasi dan mempunyai pemikiran adaptif dalam kepimpinan. Bengkel ini dikendalikan oleh seorang konsultan luar yang hebat iaitu dari NH Strategic Resources Dr. Hj. Noorhisham bin Mohd Alwi.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan oleh penceramah boleh menjadi panduan kepada staf PPIR dalam membentuk diri menjadi seorang yang berkepimpinan integratif yang tinggi.

Bengkel1       Bengkel2       Bengkel3

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

035709
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)