Lawatan Penanda Aras USIM ke PPIR

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) telah menerima lawatan penanda aras dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 26 Oktober 2022.  Delegasi ini diketuai oleh Pengarah System Development Engineering Centre (SDEC), USIM iaitu Puan Ts. Khadijah Chamili bersama tiga orang Timbalan Pengarah dari SDEC.

Rombongan lawatan ini telah disambut oleh Pengarah PPIR UniSZA, En.Asnidzal bin Mohamad Jamel, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan & Infrastruktur) En.Adib Rahimi bin Adam, Ketua Bahagian Dasar & Strategik ICT En. Mohd Hazrul bin Hashim, Ketua Bahagian Aplikasi Korporat En. Nik Farid bin Nik Mohd, Ketua Bahagian Teknikal En. Bokhairi bin Muhammad dan Ketua Bahagian Aplikasi Akademik Pn. Nor Azura bin Shamsuddin. PPIR juga menjemput wakil dari pihak Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (COMAE-i) iaitu Dr. Wan Anwar Fahmi bin Wan Mohamad dan Cik Noor Izdihar bt. Ibrahim.

Tujuan lawatan ini adalah sebagai penanda aras dan perkongsian pengalaman serta pengetahuan yang telah dijalankan di UniSZA berkaitan pelaksanaan sistem aplikasi dan portal untuk staf & pelajar. Pihak SDEC juga berminat untuk mengetahui pelaksanaan e-Pembelajaran, Pengurusan & Integrasi Platform e-Pembelajaran dan pelaksanaan Hybrid/ Future Classroom serta Learning Space.

Lawatan2       Lawatan1       Lawatan3

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

034111
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)