Bengkel Pelan Strategik ICT UniSZA (Pendigitalan Universiti)

Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik ICT UniSZA (Pendigitalan Universiti) 2023-2030 pada 22 hingga 24 Jun 2023 bertempat di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu Kelantan.

Bengkel ini disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada Pengarah SPaRQM, Pengurusan PPIR, wakil pakar JPICT, wakil kampus JPICT dan diselaraskan oleh Sekretariat Pendigitalan Universiti.  Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Digital (CDO) dan juga selaku fasilitator bengkel. Hasil daripada bengkel ini diharap dapat mencapai sasaran Pendigitalan Universiti dengan lebih baik, tersusun dan berkesan. Justeru secara tidak langsung dapat membudayakan pendigitalan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran di UniSZA.

Kesimpulannya, perlaksanaan bengkel ini mewujudkan halatuju yang jelas untuk mencapai sasaran universiti digital menjelang tahun 2030 dan menjadi tempat rujukan buat universiti yang lain.

WhatsApp Image 2023 06 01 at 09.29.00       WhatsApp Image 2023 06 01 at 09.29.001       WhatsApp Image 2023 06 01 at 09.28.57

Ikuti Kami

 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8998 (Helpdesk PPIR)
  09-668 7901 / 8874
  ppir@unisza.edu.my

  https://ppir.unisza.edu.my

Pengunjung

035750
Hak Cipta Terpelihara © 2024 Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)