a7

PTM UniSZA telah menjalankan lawatan kerja ke Bahagian Aplikasi MAMPU pada 18 April 2018 yang lalu. Deligasi PTM diwakili oleh 6 orang yg terdiri daripada Ketua-ketua bahagian dan Timbalan Pengarah Sistem Aplikasi. Lawatan dijalankan bertujuan melihat dan mempelajari pembangunan aplikasi mobile yang dilaksanakan oleh MAMPU dan mengkaji kesesuaian ianya diadaptasi di UniSZA.

a8 a9

a5

Mesyuarat Jawatankuasa pemandu ICT (JPICT) Unisza telah diadakan pada 12 April 2018 di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pentadbiran. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif,Naib Canselor UniSZA.

Mesyuarat JPICT kali pertama 2018 ini membentangkan fungsi umum JPICT serta pelan tindakan PTM.

a4 a6 

a1 1000

Bahagian Infrastruktur, Pusat Teknologi Maklumat UniSZA telah menerima kunjungan daripada pelajar -pelajar Fakulti Informatik & Komputeran (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Internet) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) pada 26 Mac 2018. Kunjungan pelajar tersebut adalah seramai 60 orang. Diharap agar para pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Infrastruktur di atas kerjasama yang diberikan.

a2 1000 a3 1000

DSC 0029 01 1000

Retreat Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah diadakan pada 6 – 8 Februari 2018 bertempat di Tabung Haji Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus Terengganu.

Program di rasmikan oleh Naib Canselor UniSZA Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Bin A.Latif. Turut terlibat dalam retreat tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad, Penolong Naib Canselor Prof. Dr. Mohd Afandi Bin Muhamad dan dua pensyarah daripada Fakulti Informatik & Komputeran iaitu Dr. Suhailan Bin Safei dan En. Mohd Khalid Bin Awang selaku fasilitator retreat. Peserta retreat terdiri daripada 15 Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada PTM

Read more: Retreat Pusat Teknologi Maklumat 2018

Hubungi Kami
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Tel : 09-6688998 |  Faks : 09-6687864
Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Elaun Komputer