DSC 9548 1000

Pemasangan Sistem Smart Farming di Ladang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Pasir Akar telah dilaksanakan pada Februari 2018. Proses memasang telah dilaksanakan menggunakan kemudahan jalur lebar Telekom Malaysia.

Kolaborasi antara UniSZA dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) ini adalah bertujuan untuk memperkasakan pengurusan projek penternakan kambing tenusu di UniSZA.

Read more: Pemasangan Sistem Smart Farming UniSZA

DSC00485 1000

Perjumpaan antara Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bersama Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan pada 11 Januari 2018 jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, UniSZA Kampus Gong Badak.

Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Pengarah PTM Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Perkhidmatan & Infrastruktur) PTM. Wakil MPP adalah seramai 2 orang diketuai oleh Presiden MPP, saudara Muhammad Ammar Rafiq bin Ruslan.

Read more: Perjumpaan Pengarah PTM bersama Ahli MPP

DSC00397 1000

Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah menerima lawatan daripada Pelajar Diploma Pengajian Islam Dengan Teknologi Maklumat, UniSZA pada 12 Disember 2017 (Selasa).

Lawatan yang seramai 51 orang ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar bagaimana membangunkan sesuatu perisian dan pengurusan data.

Selain itu, sesi lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemantauan perkhidmatan kualiti dan juga perkhidmatan ICT yang merangkumi rangkaian, telekomunikasi dan pusat data.

Read more: Lawatan Pelajar DPI dengan Teknologi Maklumat ke PTM

DSC00283 1000

Pusat Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel Pembentangan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti & Risiko pada 30 November 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-khawarizmi, Pusat Data UniSZA Kampus Gong Badak.

Bengkel di pengerusikan oleh Pengarah PTM Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman. Turut hadir adalah Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose, Timbalan Pengarah Pengurusan Kualiti & Risiko SPaQM. Peserta bengkel adalah terdiri daripada 14 orang ahli Jawatankuasa Kerja Dokumentasi SPKR UniSZA peringkat PTM.

Read more: BENGKEL PEMBENTANGAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI & RISIKO

DSC 9973 1000

Pusat Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel Penyediaan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti & Risiko pada 21 November 2017 bertempat di Dewan Seminar Seni, Pusat Kesenian & Warisan, UniSZA Kampus Gong Badak.

Bengkel di pengerusikan oleh Pengarah PTM Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman. Turut hadir adalah kesemua 14 orang ahli Jawatankuasa Kerja Dokumentasi SPKR UniSZA peringkat PTM.  Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan lagi dokumen SPKR sedia ada dengan mengambil kira perkembangan, keperluan dan risiko semasa bagi memenuhi visi dan misi Universiti Sultan Zainal Abidin.

Read more: BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI & RISIKO

Hubungi Kami
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Tel : 09-6688998 |  Faks : 09-6687864
Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Elaun Komputer