WhatsApp Image 2017 11 21 at 10.55.41 AM 1000

Pusat Teknologi Maklumat dengan kerjasama Karpersky Lab (M) Sdn Bhd dan Aswant Solution Sdn Bhd telah mengadakan bengkel Technology Update Antivirus Kaspersky pada 21 November 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi, Pusat Data UniSZA Kampus Gong Badak.

Program ini bertujuan memberi maklumat terkini berkaitan cybersecurity yang dibangunkan oleh Kaspersky. Perkembangan teknologi terkini dibidang keselamatan ini adalah merupakan elemen yang di ambil kira dalam memastikan keselamatan maklumat di UniSZA adalah sentiasa selamat daripada serangan virus dan ransomware.

Read more: BENGKEL TECHNOLOGY UPDATE ANTIVIRUS KASPERSKY

DSC 6862 1000

Majlis perjumpaan antara Pengurusan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bersama Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/ 2018 telah diadakan pada 14 November 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar, UniSZA Kampus Gong Badak.

Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Pengarah PTM Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah serta semua Ketua Bahagian di PTM. Manakala rombongan MPP adalah seramai 7 orang diketuai oleh Presiden MPP, saudara Muhammad Ammar Rafiq bin Ruslan.

Read more: PERJUMPAAN PENGURUSAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT BERSAMA AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/...

DSC INNOVA 1 1000
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah menerima sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama Toyota Model Innova 2.0G bagi kegunaan rasmi jabatan. Kenderaan gunasama antara Pejabat Perpustakaan  dan PTM ini dijangka akan memudahkan urusan berkaitan perkhidmatan dan pembekalan ICT kepada seluruh warga UniSZA.

Majlis penyerahan telah diadakan pada 1 Oktober 2017 dan disempurnakan oleh Pendaftar UniSZA, Encik Ismail bin Ahmad. PTM telah diwakili oleh Ketua Bahagian Pengurusan ICT dan Governan, Encik Mohd Hazrul bin Hashim manakala Perpustakaan UniSZA diwakili oleh Ketua Pustakawan, Puan Hajah Rohani Othman.

Read more: KENDERAAN BAHARU PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Assalamualaikum w.b.t, tawaran2017 1Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dengan kerjasama NZR Computer Trg sedang membuat tawaran pembelian komputer kepada pelajar dan staf UniSZA.

Pelbagai jenama komputer ditawarkan antaranya ACER, ASUS dan LENOVO.

Sila muat-turun pemplet berikut untuk borang dan katalog komputer / laptop dan maklumat lanjut berkenaan tawaran ini. Muat turun pemplet di sini

Sekian, terima kasih

AGIHAN ‘SAHUR BOX’ KEPADA PELAJAR UNISZASAHUR 1 1000

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Pusat Teknologi Maklumat telah membuat agihan makanan kepada pelajar UniSZA. Sebanyak 120 ‘sahur box’ hasil sumbangan semua warga PTM yang telah didermakan kepada pelajar UniSZA buat persediaan sahur mereka.

Hasil sumbangan termasuklah kurma, roti dan minuman sesuai untuk kudapan ketika bersahur.

Program yang julung kalinya diadakan ini telah diadakan pada 14 Jun 2017 bersamaan 19 Ramadhan 1438H bertempat di Foyer Dewan Kuliah Utama UniSZA Kampus Gong Badak .

Read more: AGIHAN 'SAHUR BOX' KEPADA PELAJAR UniSZA

Hubungi Kami
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Tel : 09-6688998 |  Faks : 09-6687864
Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Elaun Komputer