Selamat Datang
Selamat datang ke Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) Bil. 2/2025 dan UniSZA Symposium on Artificial Intelligence for Environmental, Social and Governance (SYMPAI2025).
Program ini menghimpunkan pengarah ICT IPTA seluruh Malaysia bagi membincangkan hala tuju dan kerjasama strategik dalam bidang ICT. Selain itu, Simposium SYMPAI2025 memberi tumpuan kepada aplikasi Kecerdasan Buatan dalam menangani isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Kami mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan berharap agar program ini menjadi platform untuk perkongsian ilmu, idea dan pengalaman demi memperkukuh ekosistem ICT serta memacu inovasi mampan di IPTA.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penaja dan rakan strategik yang telah memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.