Sesi Lawatan Kerja & Penanda Aras Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke PPIR, UniSZA
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) telah menerima lawatan penanda aras dari Pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 26 September 2023. Deligasi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali, Ketua Pegawai Digital (CDO) USIM.
Rombongan lawatan ini telah disambut oleh Pengarah PPIR UniSZA, Prof. Madya Dr. Zarina binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan dan Infrastruktur) Encik Asnidzal bin Mohamad Jamel dan Timbalan Pengarah (Sistem Aplikasi) Puan Nor Azura binti Shamsuddin.
Tujuan lawatan ini adalah sebagai lawatan kerja dan penanda aras serta perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang dijalankan di UniSZA berkaitan Pengurusan Maklumat (Dashboard for Executive Info System) Data Centralization and Data Security/Privacy, Sistem Pengurusan Laluan Kerjaya Pensyarah dan Pendigitalan UniSZA.
UniSZA dan pihak PPIR khususnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USIM atas lawatan ini. Semoga sesi lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan tadbir urus ICT dan teknologi baharu serta seterusnya menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara UniSZA dan USIM.
![]() |
![]() |
![]() |