Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)

Ketua Pegawai Digital | Chief Digital Officer (CDO)

 


Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman
Penolong Naib Canselor (Ketua Pegawai Digital)

Peranan
Memainkan fungsi dalam memantau secara menyeluruh berkaitan dengan strategi, transformasi dan pelaksanaan inisiatif pendigitalan di Universiti Zainal Abidin Sultan.

  • Strategik Digital: Membangun dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Digital (termasuk Pelan Tindakan Tahunan) yang komprehensif serta lestari sejajar dengan Pelan Strategik Universiti.

  • Transformasi Digital: Mengetuai inisitif transformasi digital universiti termasuk pengintegrasian teknologi terkini dan justifikasi keperluan sumber bakat dan kewangan dalam sistem penyampaian, operasi governan, perkhidmatan serta pengurusan rantaian bekalan.

  • Kepimpinan Teknologi Digital dan Inovasi: Memimpin dalam mengaplikasikan teknologi digital terkini sebagai gaya hidup, menilai impak pelaksanaan dan memupuk budaya inovasi di kalangan warga universiti.

  • Pengurusan dan Analitik Data: Merancang organisasi sumber maklumat dengan sistematik bagi tujuan analitik data berkesan seterusnya membantu pengurusan universiti untuk membuat analisis risiko serta keputusan.

  • Pengurusan Perubahan: Memastikan proses pengurusan perubahan organisasi dan transformasi dalam inisitif digital dapat dilaksanakan dengan teratur serta difahami secara mendalam oleh warga universiti.

  • Kerjasama Industri: Mengusahakan kolaborasi bersama industri tempatan dan antarabangsa dalam perkongsian strategik bagi memastikan kemampanan aplikasi digital dan pelaburan.

  • Keselamatan dan Privasi: Merancang dengan strategik dasar keselamatan digital sama ada aset fizikal, data atau aplikasi siber, sistem komunikasi, pengurusan risiko dan privasi data.

  • Pelaporan dan Dokumentasi: Menyediakan pelaporan berkala berkaitan kemajuan pelaksanaan dan transformasi pendigitalan berasaskan Pelan Strategik Digital kepada Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Universiti dan Majlis Ketua Pegawai Digital di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.