Bengkel Cloud Native Technology bagi Universiti dan Hospital Pengajar Universiti
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasaama MYREN Network Sdn Bhd (MNSB) telah menganjurkan Bengkel Cloud Native Technology bagi Universiti dan Hospital Pengajar Universiti yang bertempat di Auditorium Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 5 hingga 7 Mac 2024.
Bengkel ini merupakan satu aktiviti Latihan berterusan yang dijalankan oleh pasukan MYREN NOC untuk memastikan pentadbir rangkaian di setiap lnstitusi yang terlibat diberikan pengetahuan terkini dan kemahiran teknikal yang diperlukan selaras dengan teknologi terkini.
Bengkel ini melibatkan seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada 20 Universiti Awam, 3 Universiti Swasta dan 4 Hospital Pengajar Universiti.