Program Gaya Hidup Lestari sempena Ambang Merdeka 2024
Program Gaya Hidup Lestari telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak sempena Ambang Merdeka pada 29 Ogos 2024 bertempat di Taman Rekreasi Hiliran Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Program pendakian ini disertai lebih daripada 40 orang staf PPIR yang melibatkan pegawai dan kumpulan sokongan dari semua kampus UniSZA. Pengarah PPIR, Prof. Madya Dr. Zarina Mohamad telah melancarkan program ini dengan jayanya di kaki Bukit Besar sejurus selepas aktiviti memanaskan badan oleh wakil Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu.
Aktiviti seperti ini sudah pasti akan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan juga mampu membantu menjaga kesihatan mental staf yang terlibat. Semua kakitangan PPIR sangat berpuas hati dengan program kali ini dan menyokong program kesihatan dapat dilaksanakan secara berkala kerana mengeratkan hubungan silaturrahim serta elemen kerja berpasukan. PPIR turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tabung Kebajikan PPIR yang diketuai oleh Ts. Mohd Hazrul Hashim dan Persatuan Penggerak Rekreasi Negeri Terengganu serta semua staf yang hadir kerana telah memberi sokongan bagi menjayakan program ini.