Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR UniSZA)

Objektif

 

  • Memastikan semua proses teras Universiti memanfaatkan teknologi ICT terkini secara efisyen.
  • Memastikan kemudahan ICT yang disediakan lengkap dan sentiasa baik bagi menyokong kelancaran semua aktiviti pentadbiran dan pembangunan akademik Universiti.
  • Memastikan sistem, data dan maklumat Universiti sentiasa cekap, kemaskini, selamat dan memuaskan semua pihak.
  • Menyedia perkhidmatan teknikal dan latihan berterusan untuk menjana budaya ICT dalam komuniti Universiti.
  • Menjalin kerjasama teknikal dan perkongsian kepakaran dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Memastikan pengurusan kualiti ICT Universiti sentiasa memenuhi piawaian ISO 9001:2000.
 

Visi

Menjadi Pusat ICT yang inovatif dalam penyediaan prasarana berkualiti dan perkhidmatan ICT yang terbaik kepada Universiti selaras dengan Dasar ICT Negara.

 

Misi

Menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan ICT berasaskan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan pencapaian maklumat dalam semua aktiviti pengurusan, pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan keselamatan telekomunikasi sejajar dengan misi dan objektif Universiti.